embosstext.asp.jpg

Sejarah Sekolah

Laman Utama
Sejarah Sekolah
Misi, Visi & Lagu
Guru-guru Sekolah
Pentadbiran Sekolah
Akademik
Ko-kurikulum
Profil Sekolah
Pelan Sekolah
Galeri Sekolah
Webmasters

dsci0026sepia.jpg

Sebelum dilahirkan di Jalan Ipoh pada tahun 1973, Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh ini pernah menumpang di Sekolah Rendah Datuk Abu Bakar, Jalan Imbi. Pada masa itu, iaitu Mei 1962, S.M.K (P) Jalan Ipoh menggunakan nama Sekolah Pelajaran Lanjutan Pusat Dua dan mempunyai bilangan murid seramai 440 dan guru berjumlah 14 orang. Sekolah yang diadakan pada sesi petang ini mempunyai fungsi utamanya untuk membolehkan murid-murid yang tercicir selepas Peperiksaan Darjah 6 meneruskan pelajarannya ke peringkat sekolah menengah selama dua tahun lagi.

Walaubagaimanapun, sekolah ini berpindah lagi pada tahun 1964 dan menumpang pula di Sekolah Menengah Melayu Kampung Baru dengan menggunakan nama baru iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Kampung Baru. Keadaan ini berlaku kerana pada masa itu Peperiksaan Darjah Enam telah dibubarkan.

Pada tahun 1973, berlaku lagi perpindahan ke tempat baru iaitu di Batu 3 Jalan Ipoh kerana pertambahan pelajar, kekurangan bilik-bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain. Sempena terletak di Jalan Ipoh, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jalan Ipoh dan pada tahun 1980 menjadi Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ipoh pula kerana aliran Inggeris dihapuskan. Dua Blok A dan B untuk menampung jumlah pelajar yang baru berpindah ini ialah bekas Pusat Latihan Telekom.

© Hakcipta Terpelihara SMK (P) Jalan Ipoh KL 2006